Tuesday, June 14, 2011

Pantang perkataan Bodoh, Babi dan Loser

Ok… hari ini aku kena menulis banyak sampai malam…  masuk kali ini dah beberapa kali aku menulis dan kemudian aku delete balik hasil tulisan aku… damn! Aku x suka bila aku baca balik… fiuuhhh… dan kat sinilah tugas blog aku… praktis menulis dan sekarang aku nak cari topik…  ini topiknya!
Pantang perkataan Bodoh, Babi dan Loser!

Kalau kau hidup rata-ratanya dikelilingi orang melayu… kau harus tahu apa itu pantang! Pantang ini lebih besar daripada jangan! Lebih besar daripada tak boleh! Pendek kata, pantang ini hanya dapat diluahkan dengan mimik muka sahaja!

Pantang ini penjodoh bilangannya hanya satu… langgar! Langgar pantang… buruk padahnya… kalau orang perempuan yang baru lepas beranak, banyak pantangnya, kalau dilanggar… bukan sahaja melibatkan benda-benda saintifik malahan benda-benda mistik pun boleh timbul kalau melibatkan pelanggaran pantang! Ahah!
Ok, bukan pasal deskripsi pantang yang aku nak cerita… aku nak cerita berkenaan dengan telinga aku yang tak berapa gemar atau pantang dengar perkataan bodoh, babi dan loser ditujukan kepadanya. Entah! Aku pun tak tahu kenapa… telinga aku akan berdesing kalau tiga perkataan ini dirasakan tertuju kepadanya. Sangat taboo! Mungkin disebabkan tiga perkataan ini mewakili tahap terburuk atau tahap paling bangsat dalam kategori masing-masing. Sebagai contoh kategori A, antara bangang, biol, dungu atau bodoh dan beberapa perkataan bagi kategori yang ditujukan pada tahap intelligent, bodoh adalah perkataan yang paling teruk.. kategori B, Babi! Babi memang cukup gampang untuk disebut kalau ianya disamakan untuk mewakili fizikal, sebagai contoh, kalau orang itu gemuk… mereka mungkin tak kisah kalau dikatakan ‘kau gemuk macam gajahlah’, mungkin mereka masih mampu menahan marah… tapi kalau dikatakan ‘kau gemuk macam babi’, antara kes yang pernah aku dengar, seorang mamat masuk hospital akibat diet super melampau setelah disamakan dengan babi fizikalnya! Jahanam sungguh! Kategori C… adalah nasib, kategori ini merangkumi tuah, gagal, menang atau loser… setiap orang kat dunia berusaha sampai nak mampus untuk mengubah nasib masing-masing, ada yang sampai tulang kering terpeleot, loser adalah perkataan bangsat ditujukan pada nasib seseorang… damn! Aku tak suka perkataan itu!

Aku rasa aku dah mengarut terlampau jauh, dua orang member aku sedang menunggu di bawah untuk bawa aku pergi ofis, masing-masing tengah menjerit memanggil nama aku yang sedang mengumpul mood untuk menulis pula di Ofis dan hasilnya, aku Berjaya menghabiskan tulisan aku dengan perasaan yang tengah marah ni…! Entah apa-apa dah jadi tulisan ini kalau bersulamkan perasaan marah!

Tak kisah berapa panjang dan berapa mengarut pun aku tulis, cukup kalau rakan-rakan, sedara-mara, sepupu-sepapat, bakal kekasih aku ke apa ke… tahu yang… AKU PANTANG DENGAN PERKATAAN BODOH, BABI DAN LOSER!

No comments:

Post a Comment