Wednesday, June 15, 2011

Memori Pertama Yang Masih Segar


Aku tanya ‘kau’… apa memori yang paling best bagi ‘kau’… ‘kau’ akan jawab biasanya berdasarkan tiga benda… 1.Kenangan (biasanya bab cinta haha) 2.Kesusahan (biasanya tahap paling teruk) 3.Mati Hidup Semula (konon-kononnya insan terpilih)…  ini adalah tiga topik yang biasanya kau… kau… dan kau akan buka… tak percaya? Kau boleh tanya kau yang lain…

Bukan nak anggap diri aku lain… cis… semua orang rasa diri dia lain dan rasa special… ini aku cukup menyampah! Aku dulu pun biasanya akan menjawab memori paling best berdasarkan tiga benda ini, tetapi baru-baru ini aku terfikir, memori yang paling best sebenarnya adalah memori yang paling awal bersarang dalam kepala kita. Ok… cuba kau pejam mata… kalau tak pejam pun kau buatlah apa yang boleh untuk otak kau statik seketika… cuba kau rewind ingatan kau pada memori yang paling awal (maksud aku memori yang tak ada lebih awal yg dapat kau fikirkan), itulah memori kau yang paling best… disitulah baru kau tahu kau ni cerdik tahap mana haha… otak kau dah start merakam memori ketika umur kau berapa tahun…
Aku rasa aku sedikit genius kerana memori pertama yang paling aku ingat adalah ketika aku berumur 3 tahun. Visual memori itu lebih kurang kelihatan begini :

Mike err… ketika itu aku dipanggil Emy..


EXT.                                      TEPI KERETAPI                                                SIANG

Emy duduk ditepi jalan keretapi bersama adiknya Ain,2. Mereka berdua gemar menunggu keretapi lalu dan biasanya si Emy akan mengambil batu dan membaling keretapi tersebut. Ain juga membaling tetapi balingannya sangat lemah dan Emy memegang tangan adiknya untuk membaling dengan lebih kuat.

TAMAT.

Ini adalah memori terawal aku yang aku rasa tahap limit dah! Tak ada yang lebih awal daripada memori ini… kau macammana? Ingat memori paling awal kau…? Memori ini lebih seronok dikenangkan dan biasanya akan memacu kau kepada memori-memori lain yang jarang-jarang kau highlightkan…
Ok…?

*nampaknya gaya penulisan aku semakin kembali kepada pitch sebenar... ahaha...

No comments:

Post a Comment