Monday, January 17, 2011

Seorang lelaki itu

Ada cerita best?

Sebatang cangkul buruk cuba mengais tanah kering di sebuah kawasan kebun. Apalah sangat keringat si cangkul buruk. Sudahlah tumpul, berkarat pula! Peluh dingin seorang lelaki menitis ke arah cangkul tersebut. Mula-mula setitik, pit! Perlahan bunyinya... Pit! Pit!

Seorang lelaki itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Seorang lagi lelaki menegur seorang lelaki itu. “Mie! Baliklah... dah nak senja ni!”. Oh! Nama seorang lelaki itu rupa-rupanya Mie! Mie hanya mengangguk ke arah seorang lagi lelaki yang berjalan meninggalkannya. Mie terduduk keletihan memandang langit senja. Dia terlihat cangkulnya, Ijazahnya tentu akan jadi begitu suatu hari nanti jika dia terus berputus asa sekarang. Mie menunduk kecewa. Pit! Air peluh jatuh lagi!

Mana-mana pun kerja juga!


Mie terjaga dari tidurnya, mujur hanya mimpi yang mungkin satu suratan atau mungkin satu kebetulan!