Wednesday, June 15, 2011

Memori Pertama Yang Masih Segar


Aku tanya ‘kau’… apa memori yang paling best bagi ‘kau’… ‘kau’ akan jawab biasanya berdasarkan tiga benda… 1.Kenangan (biasanya bab cinta haha) 2.Kesusahan (biasanya tahap paling teruk) 3.Mati Hidup Semula (konon-kononnya insan terpilih)…  ini adalah tiga topik yang biasanya kau… kau… dan kau akan buka… tak percaya? Kau boleh tanya kau yang lain…

Bukan nak anggap diri aku lain… cis… semua orang rasa diri dia lain dan rasa special… ini aku cukup menyampah! Aku dulu pun biasanya akan menjawab memori paling best berdasarkan tiga benda ini, tetapi baru-baru ini aku terfikir, memori yang paling best sebenarnya adalah memori yang paling awal bersarang dalam kepala kita. Ok… cuba kau pejam mata… kalau tak pejam pun kau buatlah apa yang boleh untuk otak kau statik seketika… cuba kau rewind ingatan kau pada memori yang paling awal (maksud aku memori yang tak ada lebih awal yg dapat kau fikirkan), itulah memori kau yang paling best… disitulah baru kau tahu kau ni cerdik tahap mana haha… otak kau dah start merakam memori ketika umur kau berapa tahun…
Aku rasa aku sedikit genius kerana memori pertama yang paling aku ingat adalah ketika aku berumur 3 tahun. Visual memori itu lebih kurang kelihatan begini :

Mike err… ketika itu aku dipanggil Emy..


EXT.                                      TEPI KERETAPI                                                SIANG

Emy duduk ditepi jalan keretapi bersama adiknya Ain,2. Mereka berdua gemar menunggu keretapi lalu dan biasanya si Emy akan mengambil batu dan membaling keretapi tersebut. Ain juga membaling tetapi balingannya sangat lemah dan Emy memegang tangan adiknya untuk membaling dengan lebih kuat.

TAMAT.

Ini adalah memori terawal aku yang aku rasa tahap limit dah! Tak ada yang lebih awal daripada memori ini… kau macammana? Ingat memori paling awal kau…? Memori ini lebih seronok dikenangkan dan biasanya akan memacu kau kepada memori-memori lain yang jarang-jarang kau highlightkan…
Ok…?

*nampaknya gaya penulisan aku semakin kembali kepada pitch sebenar... ahaha...

Tuesday, June 14, 2011

Pantang perkataan Bodoh, Babi dan Loser

Ok… hari ini aku kena menulis banyak sampai malam…  masuk kali ini dah beberapa kali aku menulis dan kemudian aku delete balik hasil tulisan aku… damn! Aku x suka bila aku baca balik… fiuuhhh… dan kat sinilah tugas blog aku… praktis menulis dan sekarang aku nak cari topik…  ini topiknya!
Pantang perkataan Bodoh, Babi dan Loser!

Kalau kau hidup rata-ratanya dikelilingi orang melayu… kau harus tahu apa itu pantang! Pantang ini lebih besar daripada jangan! Lebih besar daripada tak boleh! Pendek kata, pantang ini hanya dapat diluahkan dengan mimik muka sahaja!

Pantang ini penjodoh bilangannya hanya satu… langgar! Langgar pantang… buruk padahnya… kalau orang perempuan yang baru lepas beranak, banyak pantangnya, kalau dilanggar… bukan sahaja melibatkan benda-benda saintifik malahan benda-benda mistik pun boleh timbul kalau melibatkan pelanggaran pantang! Ahah!
Ok, bukan pasal deskripsi pantang yang aku nak cerita… aku nak cerita berkenaan dengan telinga aku yang tak berapa gemar atau pantang dengar perkataan bodoh, babi dan loser ditujukan kepadanya. Entah! Aku pun tak tahu kenapa… telinga aku akan berdesing kalau tiga perkataan ini dirasakan tertuju kepadanya. Sangat taboo! Mungkin disebabkan tiga perkataan ini mewakili tahap terburuk atau tahap paling bangsat dalam kategori masing-masing. Sebagai contoh kategori A, antara bangang, biol, dungu atau bodoh dan beberapa perkataan bagi kategori yang ditujukan pada tahap intelligent, bodoh adalah perkataan yang paling teruk.. kategori B, Babi! Babi memang cukup gampang untuk disebut kalau ianya disamakan untuk mewakili fizikal, sebagai contoh, kalau orang itu gemuk… mereka mungkin tak kisah kalau dikatakan ‘kau gemuk macam gajahlah’, mungkin mereka masih mampu menahan marah… tapi kalau dikatakan ‘kau gemuk macam babi’, antara kes yang pernah aku dengar, seorang mamat masuk hospital akibat diet super melampau setelah disamakan dengan babi fizikalnya! Jahanam sungguh! Kategori C… adalah nasib, kategori ini merangkumi tuah, gagal, menang atau loser… setiap orang kat dunia berusaha sampai nak mampus untuk mengubah nasib masing-masing, ada yang sampai tulang kering terpeleot, loser adalah perkataan bangsat ditujukan pada nasib seseorang… damn! Aku tak suka perkataan itu!

Aku rasa aku dah mengarut terlampau jauh, dua orang member aku sedang menunggu di bawah untuk bawa aku pergi ofis, masing-masing tengah menjerit memanggil nama aku yang sedang mengumpul mood untuk menulis pula di Ofis dan hasilnya, aku Berjaya menghabiskan tulisan aku dengan perasaan yang tengah marah ni…! Entah apa-apa dah jadi tulisan ini kalau bersulamkan perasaan marah!

Tak kisah berapa panjang dan berapa mengarut pun aku tulis, cukup kalau rakan-rakan, sedara-mara, sepupu-sepapat, bakal kekasih aku ke apa ke… tahu yang… AKU PANTANG DENGAN PERKATAAN BODOH, BABI DAN LOSER!

Wednesday, June 1, 2011

Hari yang sedih sudah datang...

Hari ni aku rasa nak tulis sesuatu dekat badan blog aku... biasanya aku akan tulis dalam word dulu, tapi hari ni aku nak gasak je terus tulis dalam ni... tatabahasa ke? metafora ke? personafikasi ke? aku campak tepi dulu...
aku ingin tengok tulisan ini dimasa-masa akan datang macamana rasanya menulis dalam keadaan sedih... singgahnya tak kira masa, baru 15 minit tadi aku bergelak ketawa, tiba-tiba sekarang hati aku berkecamuk, bibir aku mencebik... rasa ini singgah kadang-kadang tak tentu masa, tak tentu hala, tak tentu dari mana dia hinggap...

Duit! aku tak berapa suka bila dengar orang sebut pasal duit! mungkin sebab aku rasa benda ini amat mengganggu kehidupan aku... orang seperti aku tak boleh nak bergerak ke mana tanpa bantuan benda ini... aku sedih bila merasakan aku tunduk terhadap benda ini... kehidupan aku macam terhuyung hayang ditiup oleh benda ini... aku kena ikut rentaknya, kalau dia tiup aku kekiri, aku akan ke kiri, kalau dia tiup aku ke kanan... aku akan... aduh... aduh... aduh! bukankah sepatutnya dia yang aku tiup? dia yang sepatutnya aku huyung-hayangkan... tapi aku tak dapat buat itu lagi... dia sangat kuat, sangat berpengaruh dan sangat berkuasa... aku dipergunakan oleh dia!

Aku sedih kerana aku yang sepatutnya mempergunakan dia!

Hari yang sedih sudah datang... sekali lagi... tetapi tahun ini... hari yang sedih ini kerap datang mengganggu...!

Monday, January 17, 2011

Seorang lelaki itu

Ada cerita best?

Sebatang cangkul buruk cuba mengais tanah kering di sebuah kawasan kebun. Apalah sangat keringat si cangkul buruk. Sudahlah tumpul, berkarat pula! Peluh dingin seorang lelaki menitis ke arah cangkul tersebut. Mula-mula setitik, pit! Perlahan bunyinya... Pit! Pit!

Seorang lelaki itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Seorang lagi lelaki menegur seorang lelaki itu. “Mie! Baliklah... dah nak senja ni!”. Oh! Nama seorang lelaki itu rupa-rupanya Mie! Mie hanya mengangguk ke arah seorang lagi lelaki yang berjalan meninggalkannya. Mie terduduk keletihan memandang langit senja. Dia terlihat cangkulnya, Ijazahnya tentu akan jadi begitu suatu hari nanti jika dia terus berputus asa sekarang. Mie menunduk kecewa. Pit! Air peluh jatuh lagi!

Mana-mana pun kerja juga!


Mie terjaga dari tidurnya, mujur hanya mimpi yang mungkin satu suratan atau mungkin satu kebetulan!

Friday, December 31, 2010

1.1.2011

Dear Mike :

Tukang Tanya
Mike... 2011 Mike! Umur ko hujungnya naik satu dah tak turun2! Mike... 2011 ni, aku nak ingatkan ko beberapa perkara... antaranya :

1. Ko start dah tulis blog!
2. Target jutawan ko tinggal kurang setahun enam bulan je lagi!
3. Ko nak tido dalam 2011, 4 jam je sehari....



Mannn!!! Mike... serius???

Mike      : Then??? thanks ingatkan aku! Ok, aku bagitau ko kenapa untuk beberapa perkara... antaranya :

Mike
1. Blog tempat nak buat sejarah!
2. Masih dalam track! kalau bulan x mungkin jatuh ke riba, duit boleh bila-bila masa!
3. Dengar-dengar cerita, nak jadi usahawan, tidur 4 jam tu dia punya ciri-ciri!

Berkoyan-koyan dalam semaian



















p/s
: 2011 sudah mula! ok! mula!